MALAYSIA + JEPUN = PROJEK MEGA ROKET SATELIT




video ini menunjukkan teknologi antara Malaysia dan Jepun... diharap dengan penggabungan antara dua negara ini akan memajukan lagi teknologi masa kini... saya sangat setuju sekiranya ade pihak yang bergabung tenaga untuk menjayakan satu-satu projek.. hal ini kerana mereka ade mempunyai kelebihan masing2.. dengan penggabungan kelebihan-kelebihan itu, maka akan terhasillah satu projek yang sangat hebat..

TEKNOLOGI DAN INOVASI PENDIDIKAN




video ini dibuat oleh Mejar Jasmy Abd Rahman, pensyarah di Ukm, Bangi...
video ini menerangkan proses pembelajaran yang menggunakan abjad. cara2 untuk membuat abjad itu juga diterangkan dalam video ini. pada pendapat saya, cara ini sangat berkesan dalam proses pembelajaran. diharap kita semua dapat mengaplikasikan cara2 yang telah ditunjukkan di dalam video ini untuk generasi akan datang..

TEKNOLOGI KOMPUTER MASA DEPAN



video ini menunjukkan kehebatan teknologi komputer untuk masa depan.. sangat hebat.. kita tidak memerlukan peralatan yang berat dalam kehidupan seharian. hanya dengan sejenis alat teknologi yang kecil, kita dapat melakukan segala-galanya... apabila teknologi semakin maju, dunia juga akan maju.

Pada gambar di atas, wanita ini sedang menggunakan device berteknologi virtual bernama iWear VR920 dari perusahaan Icuiti. Alat ini berfungsi sebagai output video dan juga sebagai gaming console.

TANDAS JEPUN UNIK



Ciri-ciri yang best. Ada pilihan urut, buka tutup automatik dengan sensor jarak, pengering, permukaan glow in the dark, muzik, sistem deodoran O-Zone, memang tandas paling hebat ciptaan Jepun. Kalau ada desktop dan boleh online mesti lagi gempak kan. Hahaha siapa tahu akan datang, memang tak keluar dari toilet lah nampaknya.

PENYALAHAN TEKNOLOGI KINI

Islam sama sekali tidak menolak teknologi namun setiap teknologi dan penggunaan hendaklah tunduk kepada garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama. Keluarnya kita daripada had yang dibenarkan menatijahkan berlakunya penyalahgunaan.

Kewujudan komputer dan televisyen dihampir setiap rumah menatijahkan penyalahgunaan yang tidak sedikit. Hadirnya VCD yang dibawa dari tanah air menyaksikan siang dan malam kita diisi dengan daurah filem-filem baru maupun lama.

Cerita rekaan yang bukan sahaja mengasyikkan dan membuang masa malah menyuburkan benih maksiat dikalangan pelajar agama. Walaupun kebanyakan filem sudah diketahui permulaan dan kesudahan namun nafsu mengatasi segalanya, masa dibuang berjam-jam di hadapan skrin tanpa rasa menyesal.

Wujudnya golongan yang menyewa vcd di kalangan mahasiswa di sini merancakkan lagi agenda tayangan filem-filem yang tidak bermaruah dan berakhlak. Apa yang menyedihkan ada di kalangan kita yang membeli dan menyewanya dengan wang zakat atau pinjaman. Sedangkan wang ini perlu dibelanjakan ke arah peningkatan prestasi akedemik. Kadangkala sanggup berhutang bagi menyara diri sedangkan wang yang sedia ada dibelanjakan terhadap perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Dimanakah amanah yang sering kita laungkan?

Sekiranya kita ingin mengaut keuntungan dengan menyewa video ingatlah bahawa jalan-jalan lain masih lagi terpampang untuk mencari keuntungan yang tidak syubhat.

Menyentuh kepada penggunaan internet di kalangan mahasiswa pula, tidak dinafikan kepentingannya dalam kehidupan kita terutamanya dalam usaha untuk mencari maklumat semasa atau membuat kajian ilmiah. Persoalannya sejauh manakah kita menggunakan kemudahan yang ada ini. Realitinya masih ramai yang gagal menggunakan fungsi internet secara optimis. Rata-rata yang menggunakan teknologi ini hanyalah untuk chatting dan membuat panggilan ke Malaysia. Tidak ramai yang menjadikan internet sebagai medium dakwah kepada ummah.

Penggunaan telefon bimbit di kalangan kita sememangnya memudahkan urusan peribadi dan persatuan. Rasional setiap individu menpunyai telefon bimbit ini masih dipersoalkan. Adakah ianya satu keperluan ataupun sekadar bergaya. teknologi ini turut ternoda dengan SMS dan panggilan yang tidak syarie’ di kalangan dua jenis yang berbeza. Islam dari awal lagi mencegah hal ini berlaku dangan firman Allah SWT :
"dan janganlah kamu mendekati zina………." (al-israk 32)

Selain daripada wang yang dilaburkan kepada tempat yang tidak sepatutnya dalam penyalahgunaan ini, apa yang penting sekali ialah pembaziran masa yang berlaku. Kegagalan menggunakan masa yang ada untuk diinfakkan ke jalan ilmu merugikan diri dan menghampakan amanah masyarakat di Malaysia. Contohilah imam-imam terdahulu yang berjaya menggunakan masa mereka dengan baik walaupun umur mereka pendek. Lihat imam al-Sayuti yang telah mengarang lebih 500 buah kitab yang bertemu Allah pada umur 61 tahun juga Ibnu Qayyim al-Jauziah, Imam Nawawi dan ulama-ulama yang telah banyak berjasa kepada dunia islam.

“Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat? Amat besarlah kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan”

Ayat ini memberi amaran kepada kita, dengan maksiat yang kita lakukan, bagaimana kita hendak menyeru kepada amar maaruf nahi mungkar sedangkan kita sendiri terjebak dengan dosa yang sama. Jangan sampai satu masa kredibiliti pelajar agama dipersoalkan hasil daripada kesilapan kita menggunakan teknologi ini.

Jesteru marilah sama-sama kita muhasabah diri, membaiki kesilapan dan berusaha ke arah kecemerlangan ilmu dan amal dalam rangka menyiapkan diri ke arah pembentukan kelompok ulama amilin. Rebutlah peluang muda sebelum tua ini, masa senang sebelum susah dan hidup sebelum mati dengan agenda khidmat kita kepada Islam.

wikipedia kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi

link web : http://ms.wikipedia.org/wiki/Kementerian_Sains,_Teknologi_dan_Inovasi_Malaysia

ALATAN INOVASI

    MOUSE BLUE-TRACK

Tetikus ini akan menggunakan teknologi terbaru, yang disebut Blue Track. Teknologi ini kelak akan menggantikan tetikus laser . Teknologi ini memakai led biru yang dikombinasikan dengan lensa wide-angle. LED biru ini membuat bentuk tetikus ini lebih canggih. Teknologi Blue Track ini mempunyai kemampuan tracking yang lebih baik daripada tetikus laser dan tetikus optical biasa pada permukaan yang tidak boleh dipakai pada tetikus laser.


 DIGITAL PHOTO FRAME INTOUCH IT7150 WITH MULTI- TOUCH SUPPORT

Multi-touch mulai digunakan pada laptop, device GPS, dan yang terbaru adalah Photo Frame digital. Intouch IT7150 adalah frame foto digital dengan teknologi multi-touch terintegrasi. Gadget ini memiliki layar LCD 7 inch dengan resolusi 800×480 yang sensitif terhadap sentuhan. Alat  ini juga memiliki sambungan WiFi, port USB dan slot memory stick. Memori internalnya adalah 128 mb dan memiliki speaker stereo dan audio out untuk headphone. Fitur paling mengesankan dari perangkan ini adalah dukungan untuk vtuner yang memberikan akses ke 11.000 radio online dan tv online tanpa biaya langganan tambahan.



                                                   HP MAKE-UP
sesuai untuk kaum wanita yang gemar bermake-up. tidak perlu membawa laptop dan alat make-up lagi kerana alat ini sudah menggabungkan menjadi 2 in 1. mudah dibawa kemana-mana dan warnanya juga warna yang sangat digemari oleh kaum wanita.



Biomimetic Car Robot Drive (BR23C)



Robot ini merupakan hasil kerjasama antara Research Center for Advanced Science Nissan dan Universiti Tokyo. Robot yang dinamakan Biomimetic Car Robot Drive (BR23C) tersebut, merupakan kereta mikro yang mengadoptasikan ciri-ciri seekor lebah. BR23C merupakan teknologi keselamatan terkini yang merupakan sebahagian daripada sistem konsep Safety Shield. Sebuah sistem yang bertujuan untuk mencipta teknologi keselamatan pada kenderaan. Pada intinya teknologi ini membolehkan sebuah kereta untuk berperanan aktif dalam melindungi penumpangnya daripada kecederaan. Nissan juga akan mengadopsi sistem ini dengan membuat peranti yang dinamakan Laser Range Finder (LRF). LRF ini dapat mengesan rintangan hingga jarak dua meter dengan kedudukan 180 darjah. Kemudian robot akan mengira jarak dari rintangan kemudian memebrikan isyarat kepada microprosesor.




FirstSTREET 35MM SLIDE SCANNER

Scanner foto negatif filem menjadi format foto digital. Kini sudah ada peranti scanner yang dalam hitungan saat akan mengubahnya dengan cepat dan sangat mudah. FirstStreet cuba menunjukkan kecanggihannya di industri fotografi, di mana akhirnya mengeluarkan produk 33mm Slide Pengimbas, yang mana boleh menukar gambar negatif foto dan mengubahnya ke dalam bentuk digital dengan sangat cepat dan mudah.